Rakyat dah naik minyak….

Rakyat biasa kini terpaksa membelanjakan RM50 untuk 18 liter petrol berbanding 25 liter sebelum kenaikan. Itulah yang saya alami semasa pulang dari Kuala Lumpur ke Ipoh.

Kalau dulu saya cuma berbelanja sebanyak RM30 @ 15.6 liter (jarak perjalanan 160km menggunakan Kia Spectra tanpa aircond) untuk menziarahi keluarga di kampung Batu Kurau, kini saya terpaksa membelanjakan sebanyak RM42.20 untuk tujuan yang sama.

Apakah menteri-menteri UMNO di Malaysia menyangka pengguna kenderaan cuma mengisi satu atau dua liter petrol sahaja untuk ke sana sini?

Menteri ‘memujuk’ supaya rakyat tidak ‘naik minyak’…

Azamin Amin
Fri | Jun 06, 08 | 12:51:04 pm MYT
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Hrkh) - Segelintir menteri sering kali mengelabui mata rakyat dengan pelbagai kata-kata ‘pemujuk’ dan saranan demi menjustifikasikan kenaikan harga minyak walaupun realitinya menyesakkan masyarakat terutama di kala beban kos sara hidup semakin tinggi kini.

Setiap kali kenaikan harga bakar, para pemimpin akan menggunakan ayat-ayat ’standard’ untuk melembut hati rakyat yang mana kata-kata dan kenyataan mereka itu, semakin memedihkan hati dan perasaan rakyat khususnya yang berpendapatan rendah dan yang terbeban dengan kenaikan tersebut :-

1. Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi :”Tak payahlah berdemonstrasi…ini tindakan yang tidak popular. Semua tindakan kerajaan tidak akan memuaskan hati semua pihak”

2.Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad ketika ditemuramah Tv3 :”Tidak akan berlaku kenaikan harga barang keperluan sebab kita sudah beri ‘fleet card’ …kita juga sudah beri subsidi makanan..”

3.Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak : Rakyat hendaklah mengubah gaya hidup dan belanja secara berhemah�

4.Dato’ Seri Rafidah Aziz sewaktu menjadi Menteri Industri dan Antarabangsa :”Mana ada kerajaan seperti ini (kerajaan Malaysia), masih menanggung subsidi petrol dan gas, walaupun harga bahan api itu telah meningkat.

Selain itu antara ayat bagi menyedapkan hati rakyat dan cuba ‘mengeksploitasikan’ minda rakyat yang kabur, kerajaan lazimnya akan mengeluarkan kenyataan seumpama ini :-

1. Kenaikan minyak masih rendah berbanding mana-mana pun negara Asean.

2. Kerajaan akan pastikan kenaikan tidak membebankan.

3. Kerajaan tidak mampu lagi menampung subsidi.

4. Kerajaan memberi jaminan harga runcit petroleum tidak akan dinaikkan lagi pada tahun ini.

Sekadar mencoret untuk tatapan umum, betapa selama ini harga minyak mengalami kenaikan yang semakin mendadak dan tidak ketahui sampai bila rakyat sanggup bertahan dengan situasi ini apabila melihat dan mendapat kesan kenaikannya selama hampir 18 tahun :-

(dalam masa 16 tahun - sejak 1990)
1.sebelum tahun 1990 - RM 0.89
2.tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
3.01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
4.20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
5.01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
6.31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
7.01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
8.01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
9.01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
10.05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
11.31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
12.28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
13. 4/06/2008 - RM2.70 (kenaikan RM0.78)

Berdasarkan maklumat berikut adalah perbandingan harga minyak Malaysia berbanding negara luar:-
UAE� RM1.19/liter
Eygpt� RM1.03/liter
Bahrain� RM0.87/liter
Qatar� RM0.68/liter
Kuwait� RM0.67/liter
Saudi Arabia� RM0.38/liter
Iran� RM0.35/liter
Nigeria� RM0.32/liter
Turkmenistan� RM0.25/liter
MALAYSIA� RM2.70/liter

Sebelum ini Penasihat KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim membantah keras sikap Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang terus mengabaikan tanggung jawab dan membebankan rakyat berikutan kenaikan harga bahan bakar yang diumumkan semalam.

“Saya ulangi pendirian saya dan Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga minyak dan meletakkan asas ekonomi manusiawi,” katanya dalam satu kenyataan media.

Semoga pendirian beliau dan pemimpin Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, KeADILan dan DAP dapat meredakan kegelisahan rakyat sekiranya Pakatan berpeluang memerintah negara.

Leave a Reply