Selamatkah Malaysia?

Malaysia dilanda gempa bumi. Tak percaya? Dah berlaku di Bukit Tinggi, Pahang tempat pelancongan tu. Sila rujuk ruangan Dalam Negeri, Mingguan Malaysia Ahad 23 Mac 2008 dibawah tajuk “Gempa bumi kecil tidak jejaskan penduduk“.

Gempa bumi di MalaysiaAkan datang gempa bumi kecil tidak mustahil untuk menjadi besar kerana lihat saja pada kemungkaran  yang terlalu banyak untuk dihitung di seluruh negara. Dari peringkat pemimpin hingga ke peringkat rakyat yang daif masing-masing patut muhasabah diri tentang dosa yang dilakukan.

Anda yakin Malaysia masih lagi selamat? Fikirkan semula.

Gempa bumi kecil tidak jejaskan penduduk

KUANTAN 22 Mac - Jabatan Meteorologi memberi jaminan gempa bumi antara magnitud 2.0 hingga 3.2 skala Richter yang sering berlaku di Bukit Tinggi, Bentong tidak menjejaskan kehidupan dan harta benda penduduk di kawasan itu.

Pengarah Pejabat Meteorologi Kuantan, Md. Kamsan Hamdan berkata, berdasarkan ukuran skala Richter, gegaran yang disebabkan pelepasan tenaga dari perut bumi itu hanya dikelaskan sebagai gempa bumi kecil.

”Ini termasuk tiga gempa bumi kecil antara 2.0 dan 3.2 pada skala Richter yang dikesan di sekitar Bukit Tinggi dan Janda Baik pada 15 Mac lalu,” katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Siri gegaran di Bukit Tinggi dan Janda Baik di Bentong bermula sejak gempa bumi kecil pertama bermagnitud 3.5 pada skala Richter pada 30 November tahun lalu.

Sehingga kini, sebanyak 21 gegaran dikesan di sekitar kawasan itu, menyebabkan penduduk bimbang akan keselamatan mereka.

Md. Kamsan berkata, sejak gegaran direkod pada akhir tahun lalu, Jabatan Meteorologi membina stesen seismik bagi memantau keadaan sekiranya gempa bumi berlaku lagi di kawasan tersebut.

”Dengan kewujudan stesen ini, kita dapat lakukan pemantauan 24 jam, malah setiap kali ada gegaran, saya juga mendapat makluman menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS),” katanya.

Jelas beliau, penduduk juga tidak perlu bimbang kerana gegaran kecil yang kerap berlaku itu tidak akan mendatangkan gelonsoran tanah yang boleh menyebabkan tanah runtuh.

Ditanya sama ada gegaran itu membantutkan usaha pembangunan fizikal di Bukit Tinggi dan Janda Baik, beliau berkata, kebanyakan syarikat pemaju akan meminta khidmat nasihat daripada bahagian geofizik sekiranya ingin meneruskan pembinaan.

”Saya dimaklumkan, para pemaju juga telah diberi taklimat oleh pengarah seismologi berhubung perkara itu, pemaju perlu membina struktur bangunan yang lebih kukuh bagi mengurangkan risiko akibat gegaran,” ujarnya.

Bagaimanapun, katanya, sekiranya gegaran berlaku dengan lebih kerap dalam jangka masa panjang, ia mungkin memberikan kesan kepada orang ramai ekoran struktur tanah yang tidak stabil.

Jabatan Meteorologi juga, tambahnya, telah mengadakan sesi penerangan kepada penduduk berhubung situasi tersebut bagi membantu meningkatkan pengetahuan dan maklumat mereka.

”Rata-rata penduduk sudah diberi gambaran sebenar dan mereka kini boleh menjalani kehidupan mereka seperti biasa,” katanya.

One Response to “Selamatkah Malaysia?”

  1. […] bumi kecil di Malaysia. Sebelum ini ianya telah berlaku di Bukit Tinggi, Pahang (rujuk posting saya http://www.abufaris.com/info/gempa/selamatkah-malaysia.html). Kali ke-2 pada tahun ini ianya berlaku di Lahad Datu, Sabah […]

Leave a Reply