Mansuhkan ISA

Kalau tak silap saya, Dato’ Husam Musa ada menyentuh tentang kem tahanan ISA semasa perhimpunan rakyat bersama 5 Menteri Besar di Stadium Perak yang lepas. Beliau mengatakan perjalanan PR masih jauh kerana selagi PR belum memerintah Malaysia, maka undang-undang yang zalim seperti ISA tidak dapat dihapuskan. Walaupun PR yang memerintah Perak pada saat ini, namun kem ISA Kamunting juga terletak di Perak.

Adalah menjadi kewajipan kita untuk mengekalkan pemerintahan kerajaan PR sekarang disamping berusaha keras untuk memenangi negeri-negeri yang lain.

Kem ISA wajar dipindahkan dari Perak

Subky Abdul Latif
Mon | Apr 28, 08 | 8:02:49 pm MYT
Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Nizar Jamaluddin ketika mengadakan kunjungan rasmi kepada Perdana Menteri membangkitkan tapak khemah tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Kamunting, sedang parti yang memerintah Negeri Perak sekarang adalah menentang ISA.

Leave a Reply