BSN yang lembab

Hari ini kena bercakap pasal salah satu agensi kerajaan yang lembab iaitu Bank Simpanan Nasional yang mana saya adalah salah seorang dari pelanggannya.

Di bandaraya Ipoh cuma tinggal dua sahaja BSN (setelah cawangan BSN di Silibin dirompak) iaitu di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab berhadapan Pusat Islam dan Bank Islam dan cawangan Tasek. BSN patut buka lebih lagi cawangan di bandaraya Ipoh kerana pelanggannya bukan hanya dari sekitar Ipoh tetapi juga dari bandar-bandar lain di Negeri Perak.

Kalau dibandingkan BSN dengan Public Bank, saya rasa dari segi kaunter servis memang berbeza macam langit dan bumi. Public Bank kaunternya banyak dan urusannya cepat. Masa menunggu biasanya tidak lebih lima minit. Selalunya kena mengisi borang transaksi dulu sebelum mengambil nombor giliran sebab kaunternya ekspres.

Pengalaman saya berurusan dengan BSN Ipoh untuk membayar ansuran pinjaman perumahan sentiasa mendukacitakan. Pada tarikh 5 Mei 2008 saya terpaksa menunggu hampir sejam (45 minit secara tepatnya) pada pukul 1.30 hingga 2.15 petang cuma untuk membayar (memberi wang) bukannya untuk mengambil wang. Dahlah waktu rehat cuma sejam, lepas tu masa perjalanan dari tempat kerja ke BSN pergi dan balik mengambil masa 20 minit. Masa keseluruhan yang diambil untuk berurusan dengan BSN sahaja adalah 1 jam 5 minit.

BSN juga tidak mempunyai kemudahan perbankan internet dan mesin deposit tunai seperti bank-bank lain. Saya lebih suka untuk membayar bil selepas pukul 5 ke atas supaya tidak mengganggu waktu bekerja.

Sudah tiba masanya BSN berubah sesuai dengan imej barunya iaitu “Bank Komuniti Anda”.

One Response to “BSN yang lembab”

  1. Perkhidmatan kaunter agensi kerajaan sememangnya sering diperkatakan.Biarpun MAMPU telah mengeluarkan perlbagai prosedur kerja namun masalah ini tetap sukar diatasi.Dalam kes BSN juga sebegitu.Tidak tahu dimana silapnya,BSN sama dengan RTM.Suram…tidak ceria…Harap sangat kita nak tgk perubahan pada agensi2 kerajaan begini.Tingkatkan kualiti perkhidmatan kaunter.
    p/s:ilp macamna?:)

Leave a Reply