Pengurusan penggunaan tenaga
Sebelum kejatuhan ekonomi disekitar 1996, ekonomi Malaysia berkait rapat dengan permintaan penggunaan tenaga yang bertambah oleh industri, maka beberapa pengeluar tenaga bebas didirikan. Kini TNB menanggung kerugian kerana terpaksa membayar kepada pengeluar tenaga bebas (IPP) walaupun permintaan tidak sebanyak dulu kerana kebanyakan industri antarabangsa telah berpindah ke negara China, Thailand dan lain-lain yang memberi lebih keuntungan kepada mereka.
Logik tenaga jadi penawar
Oleh Afiq Hanif
mafiq@hmetro.com.my
PENGGUNAAN tenaga di seluruh dunia meningkat sebagaimana bertambah celik teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di kalangan penduduknya saban hari mengakibatkan isu berkaitan tenaga mendapat perhatian malah Hari Bumi yang disambut setiap tahun tidak jemu membincangkan hal ini.
Umum kerap membayangkan penggunaan tenaga berhubung rapat dengan lampu di rumah, suis televisyen, peti ais, seterika dan penggunaan peralatan ICT seperti komputer peribadi (PC) atau laptop tapi kita kurang membayangkan sumber akar umbi yang diguna pakai secara tidak langsung bergerak 24 jam tanpa henti mengundang pengeluaran tenaga berlebihan.
Sumber yang dimaksudkan ialah penggunaan tenaga oleh Data Center (pusat data) di sekeliling tanpa kita ambil peduli bagaimana operasinya turut ‘mengepam’ banyak bahan untuk kegunaan pengguna di pejabat, universiti dan bangunan kerajaan.
Perlu dijelaskan, pusat data merangkumi pelbagai perkakasan perkomputeran seperti PC, pencahayaan, pem prosesan, sistem pelayan, sistem penyejukan, pembekal tenaga tidak terganggu (UPS), storan dan unit pengedaran tenaga (PDU) yang diletakkan dalam ruang khas.
Jika ingin mengetahui bagaimana pusat data berfungsi, cuba tanya pengurus teknologi maklumat (IT) bertugas di tempat anda atau siapa saja yang bertanggungjawab mengawalnya di universiti atau bangunan kerajaan.
Penggunaan tenaga yang kurang bijak menambah satu lagi masalah kepada pemanasan global dan jika mengambil contoh statistik di Amerika Syarikat, penggunaan tenaga oleh pusat data perlu diberi perhatian.
Hasil kajian menunjukkan pusat data di negara itu menyumbang kepada dua peratus dari jumlah keseluruhan penggunaan tenaga elektrik pada 2005 tapi angka rendah itu tidak bermakna kita sebagai penduduk tidak perlu risau mengenainya.
Tambahan pula, keadaan semasa seperti masalah mengatasi kekurangan sumber tenaga semakin hangat dibincangkan cendekiawan seluruh dunia.
Impak berganda penggunaan tenaga bagi pusat data menyebabkan profesional IT merangka strategi baru untuk mengurangkan kos organisasi, menguruskan kapasiti dan bertanggungjawab memelihara alam sekitar.
Penggunaan tenaga berlebihan yang dialami pusat data berpunca daripada peningkatan permintaan kepada kapasiti perkomputeran yang lebih berkuasa ditagih pengguna sendiri dan pertambahan pemusatan IT tanpa disedari harga elektrik dunia meningkat sehingga 56 peratus antara 2002 dan 2006.
Justeru, syarikat kejuruteraan berkaitan teknologi yang membekalkan inovasi dalam dunia ICT, Emerson Network Power mencadangkan idea dipanggil ‘Logik Tenaga’ yang mampu dipraktikkan seluruh dunia dalam menjimatkan penggunaan tenaga daripada pembaziran.
Logik Tenaga adalah pendekatan untuk mengurangkan penggunaan tenaga pusat data tanpa berkompromi dengan prestasi atau keupayaan perkomputeran yang menjurus ke pada perkakasan ICT seperti sistem pelayan, setoran dan PC.
Pengarah Urusan, Emerson Network Power Asia Tenggara, Chan Chee Wah, berkata Logik Tenaga yang diperkenalkan adalah penyelesaian dalam menguruskan penggunaan tenaga secara bijak dalam organisasi.
“Kita mengetahui pengurus IT kerap memiliki cabaran tertentu ketika menyelia pusat data untuk mencari sistem terbaik bagi meningkatkan tahap kecekapan prestasi IT,” katanya.
Menurutnya, kajian menunjukkan masalah pemanasan perkakasan menjadi masalah utama (73 peratus) pengurus IT yang mahukan pengurangan penggunaannya diikuti akses terbaik (57 peratus) dan penggunaan ruang yang banyak (39 peratus) pada 2005.
“Namun, kajian November tahun lalu hal berkaitan tenaga seperti pemanasan perkakasan Pusat Data (64 peratus), penggunaan tenaga (55 peratus) dan tahap kecekapan tenaga menjadi cabaran utama pengurus IT berdasarkan penye lidikan oleh Kumpulan Pengguna Pusat Data (DCUG),” katanya.
Jelas, jika dibandingkan dalam dua tahun itu, isu penggunaan tenaga menjadi perbincangan pengurus IT yang dipengaruhi masalah dunia dan peningkatan harga bahan api dari semasa ke semasa.
Timbul pula persoalan mengenai kesediaan IT menerima Logik Tenaga kerana bimbang prestasi dijangka merudum jika penggunaan tenaga dikurangkan namun ia bingkas disangkal Chan.
“Memang industri IT mengambil berat mengenai penjimatan tenaga bergantung kepada keupayaan yang tidak terjejas sementara kapasitinya dan sistem penyejukan di kurangkan,” katanya.
Katanya, strategi penjimatan tenaga bergantung kepada model pusat data itu sendiri, impak Logik Tenaga dan 10 strategi mengatasinya.
“Antara masalah utama dalam mengukur tahap efisien tenaga di pusat data ialah ketiadaan pengiraan metrik yang jelas untuknya.
“Kita mampu mengira tahap kecekapan penggunaan petrol berdasarkan pembahagian di antara ketumpatan liter dan jarak kilometer tapi ia tidak berlaku apabila mengukur tenaga yang dilepaskan pusat data,” katanya.
Chan berkata, pendekatan Logik Tenaga yang diketengah kan Emerson Network Power bertujuan mengurangkan peng gunaan tenaga dalam pusat data tanpa menidakkan pe nurunan prestasi.
“Ia bermula dari perkakasan IT seterusnya diguna pakai dalam prasarana sokongan,” katanya.
Tiga mesej utama dalam Logik Tenaga mengandungi pengurangan tahap perkakasan IT dan menggunakan sistem sokongan, tidak berkompromi kepada fleksibiliti dan ar kitektur yang mampu mengubah senario pusat data kepada lebih ‘hijau’.
Kata Chan, pengurus pusat data, perekanya, pengeluar perkakasan IT dan pembekal prasarana harus bekerjasama untuk mengoptimumkan tahap kecekapan pusat data.
“Inisiatif mengurangkan penggunaan tenaga perlu bermula dengan polisi yang menggalakkan guna pakai teknologi seperti pemprosesan menggunakan tenaga rendah dan pem bekal tenaga pada tahap tertinggi,” katanya.
Menurut Chan, Kumpulan Data Antarabangsa (IDC) menganggarkan kos tahunan untuk memberi tenaga kepada 1,000 unit pelayan saja di pusat data mencecah hampir RM1.3 juta di AS.
“Penggunaan tenaga dalam pusat data menyumbang kepada 10 peratus bajet IT dalam sebuah syarikat,” katanya.
Kajian dalaman Emerson Network Power dalam pengurusan Logik Tenaga pada 5,000 kaki persegi pusat data me nunjukkan tenaga dapat dijimatkan sehingga 52 peratus tanpa mengurangkan prestasi semasa.
Keseluruhan, Logik Tenaga bukan saja mampu mengurangkan penggunaan tenaga pada pusat data malah ia mampu menjimatkan dua pertiga ruangnya serta pengurangan 40 peratus kapasiti penyejukan.
10 langkah Logik Tenaga
1. menggunakan pemprosesan berkuasa rendah mengurangkan 10 peratus penggunaan tenaga untuk seluruh pusat data.
2. menggunakan pembekal tenaga sirkit perubahan semasa (AC) yang terbaik menjimatkan 11 peratus.
3. menggalakkan perisian pengurusan tenaga yang di sepadukan dengan pemprosesan pelayan bagi mengurangkan aliran tenaga semasa ia tidak digunakan.
4. memperkenalkan pelayan ‘Blade’ yang mengurangkan 10 peratus tenaga kerana ia berkongsi pembekal tenaga, sistem penyejukan dan komponen lain.
5. mengaplikasikan sistem maya pada pelayan yang menyepadukan perkakasan dan perisian.
6. mempraktikkan sistem penyejukan secara bijak bagi mengurangkan aliran udara berlebihan.
7. pengedaran tenaga AC perlu dilaksanakan dengan cermat dalam mengurangkan kerosakan transformer yang mengubah kekuatan elektrik.
8. kapasiti kipas untuk menyejukkan pusat data perlu dikurangkan selari dengan penggunaan beberapa perkakasan IT.
9. unit penyejukan tambahan pada ketumpatan tinggi akan mengurangkan kos sebanyak 30 peratus jika dibandingkan pendekatan sistem penyejukan tradisional.
10. pengawasan secara sistematik untuk keseluruhan model ini menghasilkan penjimatan satu peratus.
Tenaga Diperlukan Bagi 5,000 Kaki Persegi Pusat Data dalam KiloWat (kW)
perkomputeran - 588 kW
pencahayaan - 10 kW
UPS - 72 kW
sistem penyejukan - 429 kW
transformer - 28 kW